Malam tadi tidur lambat ekoran membuat account yang tidak balance 91ribu rp ....jadi dalam pukul 2.00 pagi baru terasa mengantuk, diluar air hujan turun rintik rintik, cik abe kita sudah berdengkur dan mengeluarkan banyak jenis bunyi, sebelum tidur aku solat isha dulu kerana belum solat lagi dan setelah itu aku mengambil buku untuk menjinakkan lagi mata ni untuk tidur..tak sampai satu muka surat terus....zzzzzz
Bunyi jam menjerit jerit minta di matikan dan aku terjaga. Waktu menunjukkan pukul 4.30 pagi dan waktu subuh sudah masuk...duduk sebentar dan mengambil wuduk terus solat subuh. Seperti biasa setelah selesai aku mengejutkan suami ku untuk solat subuh dan dalam masa yang sama aku menyorokkan diri ku di dalam selimut untuk tidor lagi.......dan mula episode mimpi yang kurang jelas jalan ceritanya tapi menyuruh aku membalikkan diri ku ke kanan untuk menyiarap kerana dengan cara begitu akan membuat perut merasa lebih enak.......lalu aku pun membalikkan diri ku kanan dan tanpa aku sedari bahawa aku sudah berada betul betul di pinggir katil ku.....terus terlangkup....haha aku jatuh meniarap di bawah dan ini adalah pengalaman yang pertama seumur hidup ku terjadi, sakit tapi disebabkan badan dibaluti dengan conforter jadi kurang la terasanya cuma dahi ku terkena side table katil, mujur tak meninggalkan bekas.............semasa terjatuh suami ku sedar dan bertanya 'macamana mama boleh jatuh' hehe bangun dan tidur balik dalam senyum meleret.....jadi ini bukan nangka busuk tapi nangka masak yang udah cukup matang untuk di makan.........coretan ku untuk menjadi kenangan seumur hidup ku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment