Wednesday, January 25, 2012
Tahun 2011 Abah kesayangan ku pergi....
Setelah berada di perantauan selama 5 tahun..dan setelah pulang 5 bulan..abah pergi meninggalkan kami pada 17 Mei 2011 di IJN hospital jam 2 petang setelah 4 hari dimasukkan ke IJN...teringat lagi masa tengah malam aku membawa abah ke IJN dengan fariq, abah suruh pandu cepat2 sebab terlalu sakit perut, sesampai nya abah di IJN segala bantuan telah diberi dan abah harus dimasukkan ke hospital...kami menunggu hingga jam 5 pagi dan aku harus pulang sebentar untuk hantar fariq dan masih teringat lagi aku berpesan dengan abah tunggu 'tunggu yan ye bah sb yan balik jap anta ayit'.. dan dia angguk kepalanya dan dari jam 7 pagi lin mengambil alih ke IJN dan dalam satu hari abah telah ditukar kan ke 3 ward dan akhirnya tengah malam ke CCU..semakin hari semakin teruk dan doktor memaklumkan abah tiada harapan...semua doktor pun cakap abah tiada harapan, aku redha jika sudah masa nya Allah swt menjemputnya tapi terasa ralat baru dapat bersamanya selama 5 bulan sahaja, menjaga makan minum nya dan aku pasrah dengan ketentuannya...sempat ku suapkan bubur nasi 4 sudu air sedikit dan abah makan mencungap2 dalam hati ku berkata kesiannya bapa ku ini...makan sandwich ku cubit 3 cubitan dan air sedikit....tekanan darah semakin menurun dan doktor sarankan agar abah di incubed dan kami ramai2 adik beradik pergi kesisinya merapati diri dengan abah semasa sedarnya dan selepas itu segala galanya bergantung dengan mesin, semakin hari semakin parah dan tanggal 17hb abah pergi buat selama lama...Al fatihah untuk abah yang aku rindui dan sayangi dan akan sentiasa kekal dalam ingatan kami, abah di simpan di tempat yang sama ibu ku berada tanah perkuburan taman ibu kota..jenazah di iringi dengan outrider polis Selangor, satu penghormatan terakhir yang dapat diberi oleh menantunya kepada abah yang tersayang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment