Saturday, April 24, 2010

Testing testing testing

Minggu ini sahaja ada masa untuk pergi bershopping untuk persediaan insyaAllah nak g umrah nanti....so kita pergi tanah abang...ramai orang ...huh tak boleh nak gambarkan dan pergi naik teksi sahaja dari mbc, nak menyampai ke bangunan hijau tu punya la lama so we decide to turun and jalan kaki......cuaca panas dan orang pula ramai, berpeluh peluh.
Yang banyak membeli cik abe kita kerana dia belum ada apa apa lagi so kita beli kain ihram 2 pasang , tali pinggang, kopiah tu biasa mmg dah byk pun , seluar cotton panjang yang lain tu pakai baju melayu pun ok tak payah membazir.Seronok dan teruja hati ini nak pergi kesana...tak sabar.
Untuk diri ini telekong pun dah banyak dan baju jubah pun dah banyak cuma nanti nak beli stoking jer n kasut. Ya Allah semoga kami diberi kesihatan dan kekuatan yang baik serta dapat membuat umrah yang sempurna serta di terima segala taubat kami nanti dan di amin kan segala doa doa kami, Ya Allah lindungi lah kami dari sebarang dugaan semasa kami di tanah suci nanti, jadikan lah kami pasangan suami isteri yang tolong menolong dan jaga menjagai diantara satu dengan lain.Ya Allah ....serta lindungi lah kami dari berbuat sesuatu yang akan melanggar segala pantang larang kami di sana nanti dan lindungi la semua anak anak serta menantu dan cucu cucu kami, dan ayah ku di tanah air nanti dari sebarang perkara yang tidak diingini, serta di beri kesihatan yang sihat pada mereka semua...amin

2 comments:

  1. You guys must be excited. I can tell by looking at the picture.

    Semoga selamat pergi dan pulang. Amin..

    ReplyDelete