Sunday, October 18, 2009

Panggilan Allah swt ke tanah suci june 2009


Tanggal 29 June 2009, sekali alhamdullilah telah mendapat panggilan sekali menjadi tetamu Allah swt ke tanah suci......seronok tak terkata tapi banyak mengeluarkan airmata kerana sebelum ini di temani oleh ibu yang tersayang tapi kali ibu sudah tiada...setiap kawasan yang dilewati mengambarkan kenangan bersama ibu ku...tapi kali ini aku puas kerana segala hajat untuk membuat amalan dapat di kerjakan walaupun bersendirian...dapat mencium hajar aswad, dapat buat qiamullai..dapat pergi ke raudah 3x...dapat memasang niat umrah sebanyak 6x...Allah telah memberi kederat untuk mengerjakannya.walaupun hati ni terguris ekoran perangai kekawan yang datang bersama tapi itu adalah satu cabaran untuk menguji kesabaran.Alhamdullilah dapat mengatasinya .Ku doakan semua yang terbaik untuk suami, anak menantu,cucu cucu, adik beradik,bapa yang aku sayangi...berdoa untuk arwah wan (ibu) yang aku rindui dan sayangi...Segala amal hanya Allah swt yang dapat menerimanya.....Ya Allah jadi kan la aku sentiasa menjadi tetamu dari mu....Amin

No comments:

Post a Comment